Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010....selamat datang 2011..

pejam celik, pejam celik dah akhir tahun.....
cepatnya setahun masa berlalu...
bila masuk ja tahun baru, ramai yang pasang azam baru,
ramai yang sibuk shopping beli baju baru,..maklumla year end sale...
dan ada jugakla yang bila masuk ja tahun baru ni duk menghitung usia, pastu dalam hati duk bermonolog sengsorang.."eh, cepatnya setahun, makin tua rupanya aku"...haha..
yang perasan muda pon ada jugak...

masing-masing mempunyai ragam sendiri, bila nak masuk tahun baru ni,
tapi yang penting sebelum nak melangkah tahun baru ni mesti banyak kenangan
yang pahit dan manis yang mewarnai hidup kita sepanjang tahun 2010 ni kan?...
pada aku, tahun 2010 ni banyak mengajar aku untuk membuat keputusan....
banyak juga hati aku tercalar pada tahun 2010....(dah sapu ngan minyak gamat dah)...
banyak pengalaman yang aku dapat pada tahun 2010....
dan tahun 2010 merupakan tahun yang takkan aku lupakan, sebab pada tahun ini
aku secara rasminya telah menamatkan pengajian aku...bersama-sama kawan-kawan yang
banyak mewarnai hidup-hidup aku.......tenkiu guys!

esok tahun 2011 akan menjelma,..
walaupun takda azam apa-apa pun setiap tahun baru.,
tapi aku cuma mengharapkan agar tahun ni
akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya....
tahun 2011 menjadi titik pemula dalam hidup, sebab pada tahun ini lah
aku secara rasminya dah bergelar 'pekerja'....haha....

tapi, bila masuk ja tahun baru, ramai orang kata kita tutplah buku lama, buka buka baru...
tapi pada aku, buku lama tak pernah tertutup walaupun masuk tahun baru,...
sebab bila masuk ja tahun baru, aku hanya buka satu 'chapter' baru dalam buku aku,
sebab aku masih perlukan pengalaman manis dan pahit aku untuk menjadi panduan aku
melayari tahun baru yang lebih mencabar...


p/s: selamat tahun baru kepada semua!!

Wednesday, December 22, 2010

minat dan fobia....yang mana dominan?

bila sebut je minat, dalam kepala dah set minat ni adalah sesuatu yang kita suka, tapi ada juga yang bila sebut je minat dia terus teringat kat mie nad (my friend)...hehe....(abaikan)....menurut kamus dewan, minat ditakrifkan sebagai kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu....fobia pulak??...menurut kamus dewan fobia ditakrifkan sebagai ketakutan yang amat sangat kepada sesuatu....mesti bila baca ni ramai yang tertanya-tanya benda apa la yang aku duk merepek ni....nak jadi cikgu bahasa melayu pegi sekolah la.!!...haha...sebenonya apo yang den nak tuleh ni ha bekenaan ngan idop den gak dan bekenaan ngan idop kita-kita semua...(kalau silap speaking nogori minta maaf ye).....

kepada sesiapa yang bergelar mahasiswa, especially yang dah tahun akhir tu, mesti korang semua skarang ni dah terfikir-fikir dah bila dah grad nanti aku nak kerja apa?adakah aku nak kerja dalam bidang yang sama yang aku ambil masa study atau nak 'lari' dari bidang, ataupun bedal ja la...mana ada peluang masuk ja.???..masa aku tahun akhir dulu (skarang dah grad), kawan-kawan aku dengan aku skali duk berdiskus-diskus pasal benda ni lah...

alkisahnya, masa tahun akhir, semua akan ada projek akhir kan??....aku dulu ambik kos bio, ala yang untuk budak-budak nerd tuh... (ada certain orang cakapla)...sebab kena banyak membaca....(yeke??aku baca tak sampai 1 jam da tetido)...but for me, aku memang minat bio sejak dari sekolah menengah lagi, tapi pada aku nerd tu .ikut orang la....kalau ambik kosmetik di kosmopint pon kalau student tu pilih nerd tu sebagai jalan hidup dia,...tu terpulang la....dulu kan main lagi sampai cita-cita sampai nak jadi dokter...ala yang duk suka cucuk-cucuk orang tuh..haha...tapi dah takdak rezki, sampai sini ja la, tapi aku still ambil kos yang berkaitan bio....

berbalik kisah projek tahun akhir tadi, disebab kan projek akhir semua kena siapkan ikut time (kalau tak siap tak leh grad), ramai la yang betungkus lumus siapkan,...almaklumla projek akhir kami ni semua kena buat lab research...bila tak jadi tu besala kan, ada yang duk maki hamun sengsorang, duk mencarut sengsorang...and ada yang nangis pun ada ....haha...bila pikio2 balik lawak pon ada....masa keadaan yang tensyen2 ni la ramai yang duk meluahkan perasaan...."nanti keja aku taknak amik yang ada related ngan bio dah"....."dah!!sampai sini ja aku ambil bio"......"aku malas dah nak buat projek, nanti bukan aku nak kerja bahagian ni pun"....hahahah...orang yang duk cakap macam ni termasuklah aku ni....semua benda keluar masa tu...besala time-time tengah 'karakatua' nak meletup.....masuk lab semua muka dah macam zombi kampung pisang.....and aku percaya semua student final year mesti akan melalui keadaan macam ni???betul tak???...wajib punya!....haha..

tapi skarang ni bila dah grad, seriously aku cakap aku memang sangat fobia dengan lab disebabkan  projek akhir tu....termasuklah kengkwan seperjuangan aku dulu...haha...walaupun aku masih takut untuk buat kerja-kerja lab ni tapi jauh dalam hati aku ni, aku masih minat dengan kos yang aku ambil masa study dulu...sekarang ni aku dah dapat tawaran untuk kerja dalam bidang aku, walaupun ada sedikit takut tapi aku memang minat.....bila chatting2 ngan kengkawan seangkatan aku dulu, ramai yang cakap" eh ko ni memang taknak lari dari kos dulu eh??".....haha....(yela dulu kan main cakap bagai nak rak)....tapi walaupun ramai kengkawan aku yang sambung study, tapi ada jugak yang pilih untuk kerja lain dari apa yang diorang study....

kalau korang???apa yang korang nak???....hehe....aku rasa setiap orang dah ada target, apa yang kita pilih dalam hidup kita, itulah yang terbaik untuk kita.....so, kalau kita dah berazam untuk ambil sesuatu yang lain dari yang kita study, just go on....tak salah pun.....mungkin ada yang cakap "ah, rugi la ko study 3, 4 5 tahun", siap ada yang extend lagi.....hehe jangan marah ye sapa2 yang terasa....pastu last2 kerja lain, baik ko takyah masuk Universiti"....jangan terkejut, aku pernah jumpa orang macam ni....knowledge is not at the Universiti....it is everywhere...even masa kerja lagi banyak ilmu dan pengalaman yang kita boleh dapat.....so kalau nak amik sesuatu yang lain, teruskan.....sebab yang macam aku cakap tadi, apa yang kita dah pilih dan berazam untuk diri kita, itulah yang terbaik untuk kita......

tapi, bila aku tanya diri aku balik, aku nekad untuk memilih kerja yang related dengan apa yang aku study, bukan sebab apa....cuma ...MINAT!....itu ja....walaupun selama ni aku rasa serba salah, tapi aku dah nekad....aku rasa minat aku kepada kos yang aku ambil dulu (bio), masih menebal dalam diri aku......and I have chosen my path......

Monday, December 20, 2010

penantian berakhir...

hari ni tanggal 20 disember, merupakan detik baru dalam hidup aku...
berbekalkan sekeping resume dengan semua sijil-sijil yang menjadi peneman dalam hidup aku selama ni....

aku dengan kawan aku, syazrie da bomb aka the Nyah (jgn marah syazrie), merempit ke kulai
untuk interview kerja sebagai 'lab assistant'.....
mula-mula nak pergi rasa macam takdak perasaan langsung
sebab memang aku tak mengharap apa-apa dari interview ni...


kami gerak 2 jam awal dari bilik
sebab taktau langsung tempat tu kat mana
yang kami tau tempat tu memang kat kulai....
'search' dalam google map pon takdak....
bila dalam google map pon takdak lagila membuatkan hati aku ni rasa macam-macam..
"wujud ka tempat ni"???....ataupun kecik sangat sampai dalam google map pun tak nampak....haha
tapi aku dengan kawan aku bedal ja la....merempit la kami dari UTM sampai Kulai....



kalau nak ikutkan sekejap ja da boleh sampai, 
tapi masuk ja senai sesak hampir satu kilometer..
tapi nasib baik la, si kawan aku yang bawak motor ni 
pernah ada pengalaman jadi mat rempit dulu (rempit kat blakang rumah dia ja)...haha 
punyala dia menyelit celah-celah lori dengan kereta...
aku yang duduk belakang ni dah mengucap banyak kali jugak
sebab nanti apa-apa jadi takut tak sempat.....



tapi yang lawak dan tak bleh blah tuh, macam mana la 
dia boleh menyelit sedangkan badan dia tu muat-muat ja sisi kereta ngan lori( bahasa kasaqnya/-algemuks)...haha
naseb baik la tak sangkut celah-celah lori...
kalau tak mau lagi la sesak la jalan
sebab sangkut badan dia...hahah...(gurau2 ja syazrie)...


puas bertanyakan orang kat situ, akhirnya sampai gak kat tempat yang dicari....
sebab kami sampai awal sangat, so kami pusing-pusing cari tempat lepak...huhu
lepas satu jam kemudian, kami pergi balik ke tempat tu...
bangunan tu baru lagi....kosong lagi, perabot pon takdak lagi...
bila masuk ja, ada sorang akak ni(HR la kot) panggil aku masok bilik..
kebetulannya...dalam bilik ni ada sorang pakcik yang mintak keja jugak.
tapi sebagai pemandu lori la.....



lepas dia entertain pakcik tu, dia pon interview aku....
interview pon tak macam interview la, macam sembang-sembang kedai kopi ja....
lepas dah habis interview, dia tulis kat borang aku tuh....3 haribulan januari.....
"is it a confirmation"???....aku tanya.....
dan dia jawab...."yes".....
dan dia cakap lagi....'actually this is a good start for you, because our company is expanding throughout malaysia'.......
rasa bersyukur sesangat, walaupun gaji permulaan tak besar mana,
tapi why not aku try dulu macam mana...
lagipun company tu baru dapat taraf 'Bionexus'..
harap-harap, dapat banyak pengalaman la,
lepas ni boleh cilok-cilok sket ilmu penanaman cendawan ni....buat bisnes...heheh..
tapi kalau aku dapat tawaran kerja yang lebih bagus......
tunggu lagi....sambar je la....




                                            mushroom ambra biotech sdn bhd.







p/s: terima kasih tak terhingga kepada helmi johari dan syazri da bomb...







Monday, December 13, 2010

fresh graduate memilih kerja atau majikan yang terlalu memilih?.!

pada sabtu dan ahad lepas (11 dan 12 Dis) berlangsungnya career fair kat danga city mall...buat pencari kerja yang macam aku ni tak melepaskan peluang keemasan nilah untuk nak cari kerja ...especially yang berkaitan dengan kos yang aku ambil la....BIOLOGY!!...lovin' it.....dengan berbekalkan hanya satu salinan resume aku pegi ngan kawan aku hopefully dapat la sangkut 5 atau 6 kerja....seperti yang telah aku jangkakan....hehehe....agak2 apa yang aku jangkakan??....setiap iklan jawatan kosong yang ada tertampal kat dinding kat situ semua aku baca, sampailah semua booth2 yang ada kat situ aku tawaf sampai tiga kali tapi satu resume pon aku tak dapat drop......agak2 sebab apa???..


majoriti iklan jawatan kosong yang tertampal semuanya engineering, administration, human resource(seperti yang dijangkakan 1)......takpe, aku cuba pujuk hati ni try pegi tengok booth plak...da lebih 3 kali aku wat tawaf kat situ,...satu pun tak de kaitan dengan kos yang aku ambil.(seperti yang dijangkakan 2)......takpa, pujuk lagi hati ni..pegi satu2 booth especially yang offer bahagian human resource....mana la tau sbb ada tertulis kat iklan 'degree in any field'......pegi la dengan selamba badak nak drop resume kat situ....."saya nak mintak position sebagai examiner unit executive boleh"?(tertulis kat iklan yang ditampal 'degree in any field)...."adik ambil kos apa masa sudy dulu?".....aku pon menjawab dengan bangganya...DEGREE IN SCIENCE BIOLOGY!......"owh, minta maaf dik untuk jawatan ni kita lebih prefer student yang ambil kos matematik sbab nanti melibatkan pengiraan"........"tapi kalau adik nak try dulu pun boleh jugak"....."tak slah kalau try dulu"....(dalam hati)WTF, FS, BS, MF......amboi!!!...pandai hang cakap noh...abeh tu kalau spesifik nak kos apa bek hang takyah tulih "degree in any field kat situ".....shit betul!....



tapi aku mmg pelik gila, mana2 ja aku pegi career fair, kos sains especially biologi memang susah gila nak cari....biomalaysia da lancar, "bioteknologi, menjamin kehidupan lestari" pun dah selalu kuar kat tv3 sampai aku pon nek nyampah,.....tapi company yang join career fair mmg susah nak cari.....sebab tu la bioteknologi kat malaysia ni tak kembang2.....jauh terkebelakang....sbb orang ramai tak dapat pendedahan pasal biotek ni.......yang paling tak bleh blah kat career fair yang aku jumpa.,...jawatan sebagai pemandu bas ekspress.....bukak sampai 3 booth.....sekarang ni demand pemandu bas naik ke??/....pas ni kena wujudkan la plak kos kat universiti....BACHELOR IN DRIVER AND TRANSPORTATION.....


sepaptutnya organiser kena alert la sket.....cuba la pelbagaaikan sket company yang menawarkan prospek kerja yang berlainan...berapa banyak kos2 baru yang ditawarkan kat universiti sekarang ni....jgan hanya tumpu pada certain bidang...memang tak dinafikan bidang2 seperti HR, admin, ngan engineering sangat banyak, tapi cubela bagi peluang kepada graduate2 yang ambil bidang lain kat universiti .....bidang2 yang diorang amik pon sangat menyumbang kepada negara kelak...pelbagaikan, so secara tak langsung dapat bagi pendedahan kat orang ramai yang dekat universiti tu banyak lagi kos2 lain yang menarik yang ditawarkan,....dapat bukak minda pelajar2 lepasan spm nnti khususnya, sbb diorang da boleh predict apa yang boelh diorang amik dekat universiti nanti,.....so takla nanti semua beranggapan,'kerja dalam bidang engineering ngan HR banyak, bek aku amik kos ni nanti kat U'....kalau semua da berfikiran camtu, susah la....

Wednesday, December 8, 2010

pengajaran yang bermakna......


Hari ni aku dapat satu lagi pengajaran yang bermakna dalam hidup aku.
Macam biasa, aku selalu balik jalan kaki ke kolej dari tempat internship aku...
tapi ari ni hari pertama aku balik dengan van yang disediakan oleh pihak IMREC.
bila aku balik aku orang yang last skali pakcik van tu hantaq.
sbbnya aku sorang saja laki and kolej aku pon agak jauh dari yang lain.

alkisahnya, bila semua bebudak dah di hantar balik and tinggal aku sorang dalam van tuh
pakcik tu pon buka mulut nak sembang (tadi takmau sembang, konon malu la sbb ada pompuan kot).....
"adik nanti pakcik singgah nak ambik cleaner2 yang tunggu kat bus stop tadi ya".....
dalam hati aku;" eh?. cleaner ??Ya Allah malunya nnti orang tengok diorang ingat aku pon cleaner, muka ensem camni leh jadi cleaner"...huhu....aku tanya pakcik tu.." pakcik ni selain keja amik ngan antar kitaorang ni pakcik ada amik tender cleaner kat utm ka?"......

pakcik tu cakap;" pakcik ni pekerja biasa ja, macam-macam pakcik kerja, hidup kat johor ni bukan senang dik, taraf hidup tinggi"......erm,......pastu pakcik tu hentikan van dia kat depan bus stop..
ada 3 orang pekerja cleaner, budak lagi rasanya baru sekolah menengah......."adik tengokla tuh, budak-budak ni pakcik kasi diorang kerja bukan apa sebab pakcik kesian kat diorang,..diorang datang kat pakcik nak mintak kerja, pakcik kasi diorang kerja, sementara cuti sekolah ni"......

erm...budak2 sekolah pun pandai hidup berdikari....diorang tak penah rasa malu jadi cleaner semata2 nak cari duit....tapi kalau aku??...sanggup ka???....kengkadang kita ni slalu pandang rendah kat orang lain....pastu hidup pon tak penah nak bersyukur....bila kita rasa susah kita tak tahu yang ada orang yang lebih susah dari kita...tetiba terfikir, orang yang kerja tak seberapa, yang kita tak penah ambil peduli pun kengkadang mempunyai nilai yang lebih tinggi dalam diri diorang yang kengkadang susah nak jumpa dalam diri orang yang mempunyai taraf yang lebih tinggi......

Monday, December 6, 2010

pikiaq, pikiaq and pikiaq....

skarang ni lagi 2 seminggu aku da nak abes nternship kat CEPP ni..da macam2 da yang bermain kat minda ni..dulu sebelum dapat offer training rasa best nak mampos sbb dijanjikan kebarangkalian nak diserap masuk company sangat tinggi (tinggi la sangat), tapi agak hampeh.....mungkin ada yang bernasib baik yang dapat diserap masuk company especially yang swasta punyalo...tapi aku dan orang2 yang seangkatan dengan aku yang dapat kat CEPP, peluang nak diserap mmg tipis setipis tipisnya.....so bila ada yang dapat diserap masuk perasaan dah mula rasa macam2...rasa tak puas hati, rasa terkilan dan paling tak bleh blah rasa sedih yang amat sangat.....
 


macam2 yang aku pikiaq skang,,...ada juga penah di offer utk buat master, tapi sorryla ye sbb buat masa skang mmg aku target nak cari keja dulu...mmg da berazam sesangat,....tapi walaupun da berazam nak keja  dalam masa yang sama mmg aku teringin sangat nak sambung master.....skang ni bila hari da semakin suntuk untuk aku lalaui hari2 kat CEPP ni aku semakin risau....taktahu mana arah yang aku nak tuju selepas ni......
sampai terbawa2 dalam mimpi......



skang ni aku tgah cari keja yang sesuai dengan ku kat area johor and kedah...sebb dekat dngn family and kengkawan aku (sbb nnti nak men dota senang) ....kengkadang sampai aku tepikiaq malang sangat ka nased aku ni....kengkawan kebanyakannya da sambung and ada yang da keja, tapi aku masih lagi macam ni.....sampai kengkadang rasa nak menangis ja sengsorang......tapi, mungkin rezki aku belum ada lagi kot (ayat untuk sedapkan ati).....harap-harapnya akan kutemu dengan kerja yang sesuai dengan aku,...dan aku berharap agar diberikan kekuatan dan kesabaran untuk aku lalui hari2 yang mendatang.....

Monday, October 25, 2010

hari pertamaku internship....

ari ni merpakan ari pertamaku internship kat cepp(chemical engineering pilot plant) kat utm. Macam biasa   kena bangun awai sbb ingtkan nak jalan kaki ke sana, tapi seb bek la kawan depan bilik aku ni prihatin and tolong antarkan aku...huhu...sampai sana ja semua kena g cari supervisor masing2, ingatkan dapat supervisor yang garang2 tapi seb baik dapat yang sporting morting and eppy go lucky2 tak boley nangis....hahaha..

pas sesi kenal mengenal, supervisor tu (cik linda) tepaksa chow dulu sbb ada meeting and letakkan kitaorang kat bilik staff, tapi bilik tu kosong je...cuma ada sorang kakak yang wat praktikel....sejam kemudian, hormon2 kebusanan telah menyerang segala pelusuk badan, and agak kebengangan sbb kena tgu cik linda sampai 2.30 ptg......seb bek la kakak tu sporting, mengisi masa kebosanan sambil begosip and wat sesi luahan perasaan....hahah...



petangnye semua g jumpa ngan supervisor masing2, huhu temasuklah aku and 2 orang g. Hari pertama je da dapat projek...huhu....walaupun excited sangat dapat projek tapi dalam hati oh damn!...(sambil mengimbau kembali kenangan 'terindah' aku wat PSM)....and yang paling tak ley tahan dia cakap kamu ni mgkin nanti kena bermalam di sini sbb nak jaga bioreactor masa projek nnti....oh damn!!....tapi yang aku pelik.... jauh dalam sudut ati aku, aku  rasa excited ngat....taktahu sbb apa.....erm...


bila da abeh perjumpaan ngan supervisor semua student berkumpul la kat luar, buat sesi luahan perasaan skali lagi.....huhuu//....diorang ramai tak pueh hati sbb harapan diorang nak diserap masuk cepp utk kerja tetap after intern, tapi da diberitahu yang peluang tu agak tipis and tak mungkin.....huhuh masing2 wat ayat sedey bley.....ada yang cakap nnti kitaorang wat keje saje jew, buang mase la.......tapi pada aku, walaupon tak dapat keje kat stu pon nanti, aku rasa da cukup bertuah sbb diberi peluang untuk wat projek kat situ and walaupon 2 bulan je intern, tapi knowledge yang dapat mmg tak ternilai.........huhu.....erm...aku rasa excited giler...pas ni mmg stat tensen la...mgu ni da kene cari jurnal dah...huhu......

hopefully aku dapat something daripada program ni yang dpat ubah idup aku nanti..........

Sunday, October 24, 2010

disinilah bermula......

tarikh: 24 oktober 2010
masa : 5.40 ptg
coretan: akibat terlalu busan dgn idupku ketika ni, aku cadang nak tulis blog utk menceriakan ari2 ku yang mendatang nih.....so segala perasaan aku, pendapat aku, rasa tak puas hati aku,  yang aku rasa nak luah akan ku luahkan kat sini...huhu...and hopefully blog ni menjadi medium juga kpada aku ngan kengkawan laen utk share anything.....pEaCe!!!