bila sebut je minat, dalam kepala dah set minat ni adalah sesuatu yang kita suka, tapi ada juga yang bila sebut je minat dia terus teringat kat mie nad (my friend)...hehe....(abaikan)....menurut kamus dewan, minat ditakrifkan sebagai kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu....fobia pulak??...menurut kamus dewan fobia ditakrifkan sebagai ketakutan yang amat sangat kepada sesuatu....mesti bila baca ni ramai yang tertanya-tanya benda apa la yang aku duk merepek ni....nak jadi cikgu bahasa melayu pegi sekolah la.!!...haha...sebenonya apo yang den nak tuleh ni ha bekenaan ngan idop den gak dan bekenaan ngan idop kita-kita semua...(kalau silap speaking nogori minta maaf ye).....
kepada sesiapa yang bergelar mahasiswa, especially yang dah tahun akhir tu, mesti korang semua skarang ni dah terfikir-fikir dah bila dah grad nanti aku nak kerja apa?adakah aku nak kerja dalam bidang yang sama yang aku ambil masa study atau nak 'lari' dari bidang, ataupun bedal ja la...mana ada peluang masuk ja.???..masa aku tahun akhir dulu (skarang dah grad), kawan-kawan aku dengan aku skali duk berdiskus-diskus pasal benda ni lah...
alkisahnya, masa tahun akhir, semua akan ada projek akhir kan??....aku dulu ambik kos bio, ala yang untuk budak-budak nerd tuh... (ada certain orang cakapla)...sebab kena banyak membaca....(yeke??aku baca tak sampai 1 jam da tetido)...but for me, aku memang minat bio sejak dari sekolah menengah lagi, tapi pada aku nerd tu .ikut orang la....kalau ambik kosmetik di kosmopint pon kalau student tu pilih nerd tu sebagai jalan hidup dia,...tu terpulang la....dulu kan main lagi sampai cita-cita sampai nak jadi dokter...ala yang duk suka cucuk-cucuk orang tuh..haha...tapi dah takdak rezki, sampai sini ja la, tapi aku still ambil kos yang berkaitan bio....
berbalik kisah projek tahun akhir tadi, disebab kan projek akhir semua kena siapkan ikut time (kalau tak siap tak leh grad), ramai la yang betungkus lumus siapkan,...almaklumla projek akhir kami ni semua kena buat lab research...bila tak jadi tu besala kan, ada yang duk maki hamun sengsorang, duk mencarut sengsorang...and ada yang nangis pun ada ....haha...bila pikio2 balik lawak pon ada....masa keadaan yang tensyen2 ni la ramai yang duk meluahkan perasaan...."nanti keja aku taknak amik yang ada related ngan bio dah"....."dah!!sampai sini ja aku ambil bio"......"aku malas dah nak buat projek, nanti bukan aku nak kerja bahagian ni pun"....hahahah...orang yang duk cakap macam ni termasuklah aku ni....semua benda keluar masa tu...besala time-time tengah 'karakatua' nak meletup.....masuk lab semua muka dah macam zombi kampung pisang.....and aku percaya semua student final year mesti akan melalui keadaan macam ni???betul tak???...wajib punya!....haha..
tapi skarang ni bila dah grad, seriously aku cakap aku memang sangat fobia dengan lab disebabkan projek akhir tu....termasuklah kengkwan seperjuangan aku dulu...haha...walaupun aku masih takut untuk buat kerja-kerja lab ni tapi jauh dalam hati aku ni, aku masih minat dengan kos yang aku ambil masa study dulu...sekarang ni aku dah dapat tawaran untuk kerja dalam bidang aku, walaupun ada sedikit takut tapi aku memang minat.....bila chatting2 ngan kengkawan seangkatan aku dulu, ramai yang cakap" eh ko ni memang taknak lari dari kos dulu eh??".....haha....(yela dulu kan main cakap bagai nak rak)....tapi walaupun ramai kengkawan aku yang sambung study, tapi ada jugak yang pilih untuk kerja lain dari apa yang diorang study....
kalau korang???apa yang korang nak???....hehe....aku rasa setiap orang dah ada target, apa yang kita pilih dalam hidup kita, itulah yang terbaik untuk kita.....so, kalau kita dah berazam untuk ambil sesuatu yang lain dari yang kita study, just go on....tak salah pun.....mungkin ada yang cakap "ah, rugi la ko study 3, 4 5 tahun", siap ada yang extend lagi.....hehe jangan marah ye sapa2 yang terasa....pastu last2 kerja lain, baik ko takyah masuk Universiti"....jangan terkejut, aku pernah jumpa orang macam ni....knowledge is not at the Universiti....it is everywhere...even masa kerja lagi banyak ilmu dan pengalaman yang kita boleh dapat.....so kalau nak amik sesuatu yang lain, teruskan.....sebab yang macam aku cakap tadi, apa yang kita dah pilih dan berazam untuk diri kita, itulah yang terbaik untuk kita......
tapi, bila aku tanya diri aku balik, aku nekad untuk memilih kerja yang related dengan apa yang aku study, bukan sebab apa....cuma ...MINAT!....itu ja....walaupun selama ni aku rasa serba salah, tapi aku dah nekad....aku rasa minat aku kepada kos yang aku ambil dulu (bio), masih menebal dalam diri aku......and I have chosen my path......
No comments:
Post a Comment